Assalamualaikum wbt.
“Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Seringkali saya terima permintaan daripada para ibu dan bapa yang mahu saya membuka sebuah pusat untuk memberikan kesedaran kepada anak-anak mereka. Mereka mahukan yang lebih selain hanya kem motivasi yang saya jalankan pada setiap musim cuti sekolah. Setiap kali mendengar keluh kesah mereka, saya selalu terdiam dan terus berfikir alangkah bertuahnya anak-anak ini yang masih mempunyai keluarga yang prihatin.
Masalah pergaulan bebas hingga terjebak ke lembah maksiat seperti hamil luar nikah, minum arak, mengambil dadah, lari dari rumah, dan banyak lagi adalah luahan yang biasa saya dengar setiap kali bersama di dalam program kendalian saya. Ibu dan bapa mengesyorkan saya untuk membuka ruang dan peluang supaya dapat membimbing anak-anak mereka mengenali diri mereka sendiri, memahami mengapa mereka dilahirkan, menerima hakikat mereka dilahirkan oleh ibu bapa yang telah dipilih oleh Allah swt dan mempunyai matlamat hidup supaya berjaya di dunia dan di akhirat. Perlu saya ingatkan kepada ibu dan bapa bahawa saya tidak membuka pusat perlindungan, saya hanya membantu membimbing selagi anak-anak berada bersama dengan saya.
Setelah perbincangan jauh dan mendapatkan pandangan-pandangan luar, kini saya bersedia untuk menunaikan hajat ibu dan bapa untuk menerima anak-anak ini bersama-sama dengan saya di Kem Smart Bkerp. Ilmu kaunseling yang ada akan digunakan sebaiknya dan dibantu oleh rakan-rakan yang mempunyai kemahiran, kepakaran dan pengalaman yang amat luas untuk bersama-sama membimbing sebagai keluarga baru di sini. Oleh itu, sukacita saya akan menerima anak-anak peringkat umur sekolah menengah dan ke atas sahaja.
Makluman tambahan kepada ibu dan bapa yang sememangnya menantikan keputusan saya ini, anak-anak akan mengikuti modul-modul dan aktiviti-aktiviti yang disediakan secara santai, mesra dan sentiasa diselitkan isu moral. Mereka akan ditempatkan di dalam chalet yang selesa, bersih dan selamat. Saya mahu mereka cepat mesra dengan persekitaran dan suasana pembelajaran adalah tidak lari daripada konsep semangat kekeluargaan. Berikut saya senaraikan maklumat untuk penilaian ibu dan bapa:
# tinggal di dalam chalet (keperluan asas seperti kipas, lampu, dan katil)
# makanan akan disediakan (akan ada juga sesi masak bersama untuk pendidikan berdikari)
# solat jemaah setiap waktu di kem atau masjid berdekatan (tertib dan bacaan di dalam solat akan diuji)
# menghadiri kuliah-kuliah agama samada di dalam kem atau di masjid berdekatan
# menjalankan aktiviti gotong royong di kem (pada masa sama akan dibimbing untuk menguruskan kem)
# tenaga pengajar luar yang sering berkunjung ke kem untuk bersama menjalankan aktiviti
# memberi peluang bertemu dengan individu yang telah berjaya di dalam kerjaya profesional
# modul ibadah, sahsiah, ikhtiar hidup, pengurusan masa, kepimpinan, jati diri dan amal makruf nahi mungkar
# sentiasa menjauhkan diri mendekati syaitan dengan zikir-zikir kalimah Allah
# dan banyak lagi penerapan nilai moral agama dan bersosial
Syarat-syarat penyertaan:
1. berusia 15 tahun ke atas
2. lulus ujian perubatan oleh panel perubatan yang dilantik sahaja
3. tidak mempunyai penyakit berjangkit dan merbahaya
4. rela hati untuk berubah menjadi insan cemerlang
Larangan:
1. membawa barangan kemas, berharga, barangan elektronik, telefon bimbit dan barangan yang dilarang oleh Kerajaan Malaysia dan Fatwa yang diisytiharkan.
2. ibu dan bapa hanya dibenarkan melawat pada setiap hari Ahad pada minggu kedua pada setiap bulan.
Kos tanggungan perbelanjaan 2012: Kos termasuk penginapan, makan 4 kali sehari dan pengurusan modul
Bulan: Jan Feb Mac Apr May Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis
Harga: RM615 RM585 RM615 RM600 RM615 RM600 RM615 RM615 RM600 RM615 RM600 RM615
Tambahan harga dikenakan untuk perkhidmatan dobi.
Bayaran boleh dimasukkan ke akaun Smart Builder Consultant
1. Akaun Maybank 5561-3200-8408 2. Akaun RHB 2560-2600-0039-14
Sila simpan slip bayaran dan serahkan ketika pendaftaran. Borang pendaftaran akan diemelkan.
Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi saya Farizan Bin Taju Ariffin (Abang Smart) di 013-2071073.
Dijemput untuk melihat gambar-gambar lokasi di Facebook saya dan lihat galeri Kem Smart Bkerp.
Terima kasih kerana memberikan saya kepercayaan dan amanah ini akan dijaga sebaiknya dan saya bermohon kepada Allah swt untuk memberikan saya kekuatan memberikan perkhidmatan yang diamanahkan.
Maklumat Pembimbing
1. Encik Farizan Bin Taju Ariffin C.H. Penceramah
• Diploma Eksekutif Kaunseling, Universiti Malaya
• Ijazah Perakaunan (Kepujian), Universiti Teknologi MARA
• Pengerusi Pertubuhan Pembangunan Minda Insan Daerah Bentong
• Pengarah Urusan SMART Builder Consultant Sdn Bhd
• Ahli Berdaftar Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA)
• Ahli Berdaftar Malaysian Association of Professional Speakers (MAPS)
• Sukarelawan Polis DiRaja Malaysia IPD Bentong
• Certified Hypnotist oleh The Indonesian Board of Hypnotherapy & Malaysian Academy of Hypnosis
• Pensyarah Sambilan UNISEL untuk subjek Public Speaking & Total Wellness
• Penceramah motivasi sepenuh masa yang memberi tumpuan kepada bina insan dan bina pasukan
• Mentor Jiran Muda Negeri Pahang
2. Encik Mohd Shafuan Bin Shabarrudin Fasilitator
• Sijil Tahfiz Quran 1 – 15 juzuk Maahad Al-Ulum
• Sijil Muzik KBSM Gred 5
• Diploma Pengajian Islam, Universiti Malaya
• Menyertai Pertandingan Mencipta Lagu Mewakili Majlis Agama Islam Negeri Sembilan Untuk Peringkat Kebangsaan Anjuran JAKIM
• Exco Bina Insan Jiran Muda Negeri Pahang
3. Encik Asmawi Bin Abdul Rahman Fasilitator
• Diploma Psikologi, Kolej Dar Al-Hikmah Kajang
• Ijazah Psikologi, OUM
• Sijil Kepimpinan Belia Peringkat Kebangsaan
• Sijil Pengurusan Organisasi Belia
• Fasilitator Program Khidmat Sosial Negara
• Ketua Fasilitator Program Latihan Khidmat Negara
• Penolong Pegawai Jabatan Perpaduan Selama 10 tahun
• Penolong Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan Adalah Jawatan Terkini
• Exco Pembangunan Latihan Jiran Muda Negeri Pahang
4. Encik Mohd Hairul Azan Bin Haderi Fasilitator
• Ijazah Sarjana Muda Usuludin & Perbandingan Agama, UIA
• Penolong Pegawai Kanan Jabatan Perpaduan
• Penyelaras Jiran Muda Negeri Pahang
5. Puan Siti Norbaya Binti Mohd Saleh Fasilitator
• Diploma Perguruan, Kementerian Pelajaran Malaysia
• Ijazah Sarjana Undang-undang Syariah, UKM
• Diploma Kehakiman dan Guaman, UKM
• Pendidik Sepenuh Masa j-QAF
• Setiausaha untuk program Bestari Solat dan Tasmik j-QAF